Thursday, February 2, 2017

Kembara Acheh #4

Seperti yang dijanjikan, kisah selepas para muslimin selesai menunaikan solat Jumaat. Sepatutnya yang wanita ni dah menunggu di lobi sekitar jam 2 petang waktu tempatan, sebab lepas tu kami semua akan bergerak terus ke destinasi yang seterusnya iaitu ke Desa Punge, tempat terletaknya lokasi Kapal PLTD Apung yang turut terdampar ke daratan sewaktu tsunami melanda Banda Acheh. Tapi apa yang terjadi? Akibat salah faham dan mungkin maklumat tak sampai, saya dan rakan sebilik menjadi orang yang paling akhir turun ke lobi. Malu taktau nak habaq laa masa tu! Adoii. Ingatkan waktu berkumpul akan diberitahu dalam group WhatsApp ke apa ke, tahu-tahu je semua dah siap dalam kereta masing-masing. Rasa nak sorok muka dalam beg! Haha. Ampunkan saya ye atas keterlewatan pada petang tu. 😭 Moral of the story? Rajin-rajin buka mulut tanya. Haha. Kesian kesian kesian.

Dah, berhenti gelakkan saya. Hihi. Lebih kurang jam 4 petang kami tiba ke lokasi yang menempatkan Kapal PLTD Apung. Waktu tu dah nak hampir sangat dengan waktu Asar. Paling best kat sini adalah, bila tiba waktu solat je kedai-kedai, lokasi melawat, semua akan ditutup sehingga selesai solat fardhu berjemaah. Sebab para peniaga dan penjaga lokasi lawatan akan ke masjid dahulu untuk menunaikan solat. Subhanallah. Begitu sekali pemimpin Kerajaan Acheh memberi didikan kepada masyarakatnya. Terbaik! Suasana begitu memberikan ruang kepada suatu perasaan yang halus untuk masuk ke dalam diri saya. Indahnya hidup beragama dan hidup bertuhan. Betul kan? Saat kita memerlukan, kita ada tempat meminta. Saat kita rasa tak best, ada Allah sebagai tempat mengadu. Subhanallah. Yakin sahaja, bahawa Allah Maha Mendengar doa-doa kita, ucapan-ucapan kita, segala rasa hati kita.

Perkarangan Situs Tsunami PLTD Apung

Masjid yang sedang dalam pembinaan di hadapan Situs Tsunami PLTD Apung

Ada je kedai yang tak tutup, peniaganya bergilir-gilir menunaikan solat.
Dah tu apa lagi, cuci mata lah kami. Hehe.

Di belakang tu Kapal PLTD Apung yang dimaksudkan.
Besar kan?
Waktu kami di sana, hujan turun agak lebat. Jadi, kami tak naik ke kapal walaupun ada khidmat sewaan payung disediakan. Oh ye, sepanjang menunggu hujan reda, saya dan rakan sebilik di hotel tempat kami menginap mengambil keputusan untuk duduk-duduk di kedai kecil di luar kawasan itu. Dan saya berpeluang bertukar-tukar cerita dengan Makcik Habsah, salah seorang peniaga kecil di situ. Makcik Habsah amat mengagumi negara Malaysia. Katanya selimut tebal yang ada di Malaysia agak murah berbanding di Indonesia. Teringin beliau nak beli tapi entah bila nak sampai ke Malaysia, katanya. Nak berkirim pula dah tentu kos berkirim pun mahal. Huhu. Makcik Habsah pun turut menyatakan impiannya untuk mendapatkan rawatan mata di Malaysia. Bukan tak pernah mendapatkan rawatan di Banda Acheh, tapi kesan rawatan tu cuma sekejap. Ya, Makcik Habsah menghidap kencing manis dan ada masalah katarak pada mata. Waktu Makcik Habsah berbual dengan kami, katanya muka kami hanya samar-samar pada penglihatannya. Cerita tentang badai tsunami yang melanda kampungnya turut dikongsikan kepada kami.

Menurut Makcik Habsah, ketika dilanda tsunami, dia terputus hubungan dengan semua ahli keluarganya kecuali dengan salah seorang anaknya yang pada waktu itu masih kecil. Makcik Habsah dan keluarganya turut dihanyutkan oleh air bah yang amat deras hingga masing-masing terselamat setelah berjaya berpaut pada tempat yang tinggi. Sebulan kemudian baru Makcik Habsah jumpa kembali dengan ahli keluarga yang hilang. Alhamdulillah semua masih diizinkan Allah untuk bernyawa lagi. Gigih Makcik Habsah mencari ahli keluarga selepas peristiwa tu. Pergi ke rumah-rumah sakit, pergi ke farmasi-farmasi, pergi je la ke mana-mana tempat, untuk mencari ahli keluarga yang hilang. Allahuakbar. begitu sekali suasananya. Saya pasti, bukan Makcik Habsah je yang mengalami perkara seperti ini. Moga Allah ganjari kebaikan atas kesabaran mereka. Aminn.

Selesai di Situs Tsunami PLTD Apung, kami ke Makam Syeikh Kuala pula. Makam ni terletak betul-betul dekat dengan pantai tempat bermulanya tsunami pada 26 Disember 2004. Namun dengan izin Allah Makam Syeikh Kuala ini tak terjejas dan masih terselamat dari musnah akibat limpahan air pantai. Jangan terkejut ya, di pintu makam ni tertulis besar-besar MAKAM SYIAH KUALA. Mula-mula heran juga kenapa perkataan "SYIAH" yang dituliskan. Rupanya memang dialek di sana menyebut syeikh itu dengan sebutan syiah (sebut tanpa perlu apostrophe ( ' )pada huruf i). Saya siap minta pada Encik Rosli untuk menyebutkan nama makam tersebut sebab kepingin nak tahu bagaimana cara orang Acheh menyebutnya. Hehe.

Kawasan dalam Makam Syeikh Kuala
Syeikh Kuala yang dimaksudkan adalah Syeikh Abdulrauf bin Ali Alfansuri. Moga-moga Allah merahmati roh beliau. Kisah lanjut dan tepat tentang makam ini boleh didapati melalui carian internet. Maafkan saya sebab tak berapa fokus pada waktu itu. 😔

Hari dah semakin senja. Kami bergerak keluar untuk ke Pantai Ulee Lheue (sebut : Pantai Ulele). Di pantai inilah tempat bermulanya tsunami 2004. Pelbagai kisah yang berlaku sebelum itu yang boleh dijadikan pengajaran bahawa murka Allah boleh jadi pada bila-bila sahaja dan kepada siapa-siapa sahaja yang tegar melanggar segala larangan-Nya. Sungguh menginsafkan. Allahuakbar. Syukran Ustaz Habibillah dari Darul Muttaqin Travel kerana sudi berkongsi cerita tentang kisah-kisah yang berlaku sebelum tsunami. Moga-moga dapat dijadikan pengajaran dan moga-moga kita dijauhkan dari murka Allah.

Kasi can lah sekeping..
Teruja dengan kecantikan bot dan kapal nelayan di Acheh
Monopod dengan butang selfie.
Antara kisah yang tak dapat dilupa di Pantai Ulee Lheue. Haha.
Saya anggap ni antara hadiah hari lahir saya. Syukran! 😊

Singgah Solat Maghrib & Isyak di Masjid Baiturrahim

Galeri Tsunami di Masjid Baiturrrahim
(apesal sedih nau muka tu? huhu)
Menara Masjid Baiturrahim

Khusyuk mendengar perkongsian dari Imam Masjid tentang kisahnya
yang menyayat hati sewaktu peristiwa tsunami 2004

Waktu paling bahagia : waktu makan!
Mee kepiting (ketam) & cumi (sotong).
Wajib cuba kalau anda ke sini. Memang terbaik!
--Lokasi : Kedai Makan Bardi-- 

Minum air kangen. Haha. Sebut betul-betul.
Taktau la the right pronunciation dia macam mana.
Tapi rasanya bunyinya "kanjen" kot.

Selesai kembara hari kedua. Letih juga menaip ni. Haha. Takpe takpe. Masih ada lagi dua hari kembara yang masih belum diceritakan. Post seterusnya mungkin lebih santai sebab banyak shopping. Hihi. Terima kasih atas kesudian membaca. Hingga ketemu lagi!



**************
**************


2 comments:

ape ape said...

Good story...tawasul kat makam waliullah kn..

Bintu Sazali said...

Kisah tawasul ye..adeh..😂