Tuesday, January 17, 2017

2017 : Kembali Bersiaran!

Assalamualaikum.

Terasa macam hilang dari radar selama setahun. Haha! Post terakhir pada penghujung 2015, kemudian senyap sepi sunyi tanpa patah-patah perkataan yg selalunya menjadi wakil bicara dengan dunia maya.

Seriuslah. 2016 tahun pahit. 2017 lebih pahit. Hihi. Almaklum, baru masuk fasa-fasa yang agak mencabar, terpaksa keluar dari zon selesa. Tugasan bertimbun di sekolah, line internet pula tak cemerlang di rumah walhal kat rumah je la tempat sesuai nak online sambil goyang kaki. Sebab tugas-tugas rasmi lain e.g menjadi supir (bukan Uber 😋) dll pun kena jalankan juga. Jadi, sibuk dia tu fuhhh. Kalah Perdana Menteri! Haha!

And this year, setelah bertukar kepada telco yang baharu, yang lebih cemerlang liputannya sewaktu berada di rumah, alhamdulillah akhirnya dapat juga menaip di ruangan maya ni. Setelah sekian lama. Hihi.

Jadi, selamat datang tahun 2017! Moga-moga tahun ini diri bertambah lebih baik, lebih cekap dalam menjalankan tugas, lebih banyak belajar dari pengalaman dan lebih bijak & pantas dalam berfikir.

Aminn ya Rabb! 😊


No comments: