Sunday, October 11, 2015

Kejutan 2015 : Merah Juara!

10 Ogos 2015. Alhamdulillah, setelah seminggu (sebenarnya 3 hari sahaja, tolak cuti jerebu 2 hari) berhempas pulas mengelola murid berlatih dan bertanding untuk sukantara sekolah, akhirnya hari ini Kejohanan Sukan SKSR telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Syukur juga, Rumah Merah telah dinobatkan sebagai JUARA keseluruhan utk tahun ini. :)

Ini adalah kali pertama saya sebagai guru tetap menjadi guru rumah sukan, guru yang dirujuk oleh murid, guru yang kena kawal segala pergerakan murid, guru yg perlu memilih murid utk wakil rumah, senang kata semuanya. Dulu-dulu serius tak pernah merasa.


Bersama sebahagian dari ahli pasukan Rumah Merah. Mana Cikgu Siti? :p

Oleh sebab bencana jerebu yg melanda negara, latihan sukan pun hanya boleh buat sekejap-sekejap. Murid pun ada yg complain sebab rasa tak puas. Latih satu kali, terus buat pemilihan. Habis tu nak buat macam mana, nak? Masa tak cukuppp. Sobs. Akhirnya terpaksa lah mereka semua redha. Hehe.

Untuk sukan kali ini, guru-guru Rumah Merah semua sekali ada 5 orang termasuk seorang guru baharu yang comel iaitu saya. Haha. Okey cikgu tolong jangan perasan. Berbalik kepada kisah asal. Ya, semua sekali 5 orang dan saya seorang sahaja berstatus Cik. Seorang guru lelaki. Dua orang sedang mengandung. Tinggallah lagi dua yang berbadan normal. Hihi. Jadi sebagai seorang yg masih muda remaja, saya fikir mereka sangat-sangat perlu dibantu. Mana lahhh akak-akak ni larat nak jerit-jerit panggil budak, jalan sana sini cari budak. Cikgu kan, itulah antara kerja-kerja yg perlu kami buat. Nak kawal murid bukan semua orang boleh buat dengan baik. Huhu.

Pada saya, aktiviti-aktiviti luar seperti Kejohanan Sukan Sekolah macam ni sangat membantu guru untuk lebih mengenal murid, mengenal potensi murid, selain dari dalam bilik darjah. Yelah, interaksi dalam bilik darjah agak terbatas, lebih fokus pada kurikulum. Bila libatkan murid dgn aktiviti kokurikulum macam ni, baru kita lebih nampak apa yg murid mahu dan apa yg mereka perlukan. Lagipun sebagai seorang guru baharu di sskolah dan juga guru yg masih baharuuu lagi dalam bidang pendidikan, banyak yg sy boleh dapat dan belajar. Mereka pun macam lebih selesa nak cuba dekat-dekat dengan kita. Yelah, muka kakak-kakak lagi kan. Cehh. Padahal dalam bilik darjah, saya ni garang ye. Sila percaya. Terima kasih. :p

OK. Motivasi. Saya nampak murid-murid ni sangat perlu diberi suntikan motivasi berupa kata-kata semangat dan galakan utk mencuba. Ramai murid yg kurang yakin dgn diri sendiri namun sebenarnya mereka ada bakat yg boleh digilap. Itu belum cerita tentang latar belakang keluarga yg macam-macam kisah. Bila pandang muka anak-anak murid setiap satu, rasa kasihan pada mereka. Rasa sayang ada, rasa lucu ada.

Saya cukup yakin, para guru dan ibu bapa perlu selalu pegang pada kata-kata ni; tidak ada orang yg dilahirkan bodoh, namun sebenarnya setiap orang dilahirkan dengan pelbagai potensi.

Pelbagai potensi?

Ya, pelbagai potensi. Setiap murid punya kisahnya sendiri. Yg senyap dalam kelas tiba-tiba rupanya dia juara balapan. Yg tak pandai membaca dalam kelas rupanya dia berbakat dlm sukan. Yg tak pandai dalam kelas dan dalam sukan, rupanya dia ada kemahiran yang lain. Serius. Semua orang dilahirkan dengan potensi yg tersendiri. Tinggal hanya diri mereka atau orang sekeliling mereka yg perlu cuba cungkil dan gilap potensi mereka sehingga menjadi berguna.

Murid dan beberapa orang guru bergambar kenangan bersama wakil DUN Pagoh

Rupanya dah banyak saya taip. Namun kali ni masih belum mampu menaip sekencang suatu waktu yang dahulu. Mari cuba dan cuba lagi cungkil keluar bakat menulis atau menaip yg pernah muncul sebelum ni dengan lebih baik! Hihi. InsyaAllah, saya akan terus berkongsi pada masa yg akan datang, selagi nyawa masih lagi diberi pinjam oleh Yang Memberi Nyawa.

Wassalam. :)


No comments: