Sunday, October 18, 2015

Lazada : Free Shipping Untuk Oktober!

Lazada? Apa tu? 

Laman web LAZADA bukan merupakan laman membeli-belah maya yang asing lagi bagi mereka-mereka yang dah biasa dengan dunia shopping online. Lazada terkenal dengan harganya yang lebih murah daripada harga pasaran sebab barang-barangnya kebanyakannya didapatkan terus daripada pembekal utama. That's why la kita boleh melakukan lebih penjimatan melalui pembelian secara maya di Lazada! *kenyit mata*

Bulan Oktober 2015 ni pula, Lazada telah melancarkan promosi ROCKTOBER. Fuhh, apa pulak Rocktober ni? Boleh tengok pada link ini. Penghantaran bagi setiap pembelian pada bulan ini adalah PERCUMA uolls! Siapa yang takmau benda percuma ni? Hihi. Eh tapi hanya tertakluk kepada penghantaran within west Malaysia sahaja. Dan tertakluk kepada barangan-barangan tertentu sahaja. Nak tahu lebih lanjut? Boleh explore sendiri di sini. :)

Bagi akak-akak, adik-adik, abang-abang, acik-acik yang suka cuci-cuci mata, cuci-cuci dompet di laman web Lazada ni, jangan lepaskan peluang! Oktober pun da nak habis dah ni. Hehe.

Lazada Malaysia
Yang ni pulak promosi kaw-kaw untuk yang suka membeli melalui mobile phone.
Download Apps ini, dan nikmati penjimatan berganda! :)


Dulu pernah beli beauty brush melalui Lazada juga. Nak compare dengan harga berus solek di pasaran, memang sangat sangat sangat berbeza lahhh harga dia. Sebelum cuci mata di Lazada, dah terbeli satu set berus solek di sebuah shopping mall. Sekali tengok dalam senarai Lazada, menangis! Haha. Takpelah, let bygone be bygone. :p

Macam promoter Lazada pulak. Tapi memang tengah mempromosi pun ni. Hehe. *macam esok tak sekolah*. Oh ye, malam ni dah dengar-dengar khabar ada sekolah-sekolah dan negeri-negeri yang 'terpaksa' bercuti lagi disebabkan oleh bacaan IPU yang tinggi gara-gara jerebu. Tapi Johor tak termasuk dalam negeri-negeri yang 'terpaksa' bercuti tu. Maka bersekolahlah dengan penuh semangat esok ye! 

Jangan malas-malas cikgu! :D



Monday, October 12, 2015

Motivasi : Guru Abad Ke-21

Siapa mahu jadi GURU?

Semua maklum bahawa tugas sebagai seorang guru atau lebih tepat lagi sebagai seorang pendidik bukan mudah. Ramai yang menganggap tugas mendidik ni amat sukar, lebih-lebih lagi nak mendidik generasi zaman sekarang ni. Tapi tak kurang juga yang masih menganggap tugas seorang guru itu mudah; pergi sekolah-mengajar-balik sekolah. Itu basic, memang betul. Tapi sebenarnya banyak lagi tugas-tugas guru yg anda tidak tahu selain daripada pergi sekolah balik sekolah setiap hari termasuk hari cuti. Haa. Nak cerita pasal pendokumentasian je pun tak cukup satu blogpost. Haha

Almaklumlah, zaman dah semakin moden. Semuanya nak kena guna teknologi. Apa-apa guru buat, apa-apa program, apa-apa sistem, mestii nak kena guna teknologi. Bagi yg muda-muda dan yg minat IT ni tak ada masalah. Tapi bagi yg tak berapa muda dan yg tak berapa minat IT? Mengeluh saja lah hampir setiap hari. :p

Itu cerita tentang tugas-tugas yg perlu buat selain mengajar. Kita masuk pula bab tugas mengajar murid di dalam dan di luar kelas. Guru sekarang memang kena up-to-date, kena sentiasa cakna dengan perubahan-perubahan gaya pengajaran dan pembelajaran (PdP) yg KPM gariskan. Terkini, gaya pembelajaran abad ke-21. Perlu canggih, perlu inovatif, perlu berpusatkan kepada murid dan bahan, takmau selalu bagi spoonfeeding, biar murid explore sendiri, dan macam-macam lagi. Haa, kat sini lah masalah yg akan timbul bagi guru-guru novis macam saya yang tidak berapa kreatif.

Gambar kenangan terakhir dengan anak-anak murid sekolah pertama :')

Menjadi seorang yg kreatif bukan mudah! Bagi saya, menjadi kreatif tu adalah satu anugerah yg amat berharga dan amat perlu dihargai. Puas saya cuba jadi kreatif tapi setakat ni masih belum mampu menjadi sebagaimana rakan-rakan yg lain. Sobs. Tapi tetap kena cuba dan cuba menjadi kreatif walaupun kerapkali rasa down sendiri dan rasa give up. Dalam stage ni, MOTIVASI sangat sangat sangat penting. Huuu.

Tak habis-habis sentuh pasal motivasi kan? Entry yang lepas pun bebel pasal motivasi juga. Penting rupanya motivasi dalam kehidupan seharian manusia. Yelah, kalau tak ada motivasi, takkan lah ada orang yg semangat nak bangun pagi. Kalau tak ada motivasi, mana mungkin akan ada org yg akan ke sana sini utk mencari rezeki? Tanpa motivasi juga, takkan lah ada orang yg sibuk ke situ ke sini utk window shopping? Haha. Motivasi adalah 'sesuatu' yg menggerakkan kita untuk mencapai sesuatu hajat atau keperluan. Jadi pada saya, motivasi amat amat amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Wah, dah macam buat esei ni. :p

TIPS UNTUK GURU NOVIS ABAD KE-21

Bila sebut kena buat itu ini, dah ramai yg rasa cuak dan takut. Rileks, tak semua guru novis akan hadapi masalah yg sangat berat sehingga rasa tak tertanggung. Huhu. Dan tak semua juga yg dapat menempuh semua halangan dalam peringkat ni dengan begitu berjaya. Setiap daripada kita akan diuji dengan ujian yg mampu kita tanggung. Allah ciptakan masalah bersama dengan penyelesaian. Takkanlah Allah nak jadikan sesuatu tu sia-sia? Lagipun Allah dah janji, dalam setiap kesusahan akan ada bersamanya kesenangan (Surah al-Sharh, ayat 5-6). Yakin!

Bila rasa sukar, apa yg anda perlu buat? Berdasarkan pengalaman saya yg baharu setahun jagung dalam dunia pendidikan (sewaktu post ini ditaip), saya berpendapat, antara perkara yg kita boleh lakukan adalah :

- Refleksi diri sendiri, nilai diri sendiri 
- Betulkan niat, LILLAHI TA'ALA! 
- Cuba tanam rasa kasih kepada murid sekiranya anda rasa bermasalah dengan murid 
- Cari rakan yg boleh mendengar masalah anda 
- Rujuk masalah anda kepada senior yang telah lama berada dalam dunia pendidikan 
- Minta pendapat daripada senior-senior 
- Rajin bertanya, rajin buka mulut untuk bertanya 
- Sentiasa cakna dengan perubahan dalam dunia pendidikan 
- Belajar mempelbagaikan strategi pdp supaya murid tak 'lemau' & rasa seronok belajar dengan kita 
- Fahami keperluan murid

Banyak lagi yg anda boleh buat. Yang penting jangan pernah putus asa untuk mencuba. Saya juga selalu kalah dengan emosi sewaktu nak menangani masalah yg melibatkan pengajaran dan pembelajaran ni. Tapi lagi sekali saya tegaskan, carilah MOTIVASI yang dapat menggerakkan kita utk bangkit kembali dari rasa jatuh kita. Serius, anda pasti akan rasa puas hati apabila cubaan demi cubaan yg kita lakukan tu membuahkan hasil walaupun sedikit dan tidak banyak.

Kem Cemerlang Jawi bersama anak-anak murid di sekolah terkini

Mendidik ni umpama menitiskan air ke atas batu. Ye, biar 10 kali, 20 kali kita ulang sebut benda yg sama dan murid tetap tak dapat hadam, teruskan usaha dan mencuba. Manalah tahu, mungkin cubaan ke-10 tak membuahkan hasil, tp dengan izin Allah cubaan yg ke-13 membuahkan hasil? Hah, cuba!

Pernah juga sahabat-sahabat seperjuangan mengingatkan; hati yang sakit tak akan mampu mendidik hati-hati yg lain. Sentap! Serius, hanya hati yg hidup sahaja yg akan mampu menghidupkan hati-hati yg mati. Bagaimana nak menghidupkan hati? Kembali pada Yang Memegang dan Yang Maha Membolak-balikkan Hati. Sobs.

Sekian sahaja perkongsian dari seorang guru novis yg belum sampai setahun pun mengajar di sekolah-sekolah postingnya. Belum banyak pengalaman tapi sudah banyak membebel. Huhu. Moga-moga post ini menjadi peringatan kepada diri saya sendiri utk terus mencuba dan mencuba. 

Seorang pendidik perlu hati-hati dan amanah dlm menjalankan tugasnya sebab pekerjaan seorang pendidik ni melibatkan masa depan. Pensyarah di IPG pernah menyebut, silap seorang doktor hanya akan membinasakan seorang pesakit. Tapi silap seorang guru akan membinasakan seluruh generasi! Na'uzubillahi min zalik, moga-moga Allah memelihara dan memudahkan urusan para pendidik sekalian dalam usaha nak membentuk generasi kini menjadi anak-anak berguna di dunia dan di akhirat.

Aminn Ya Rabb!


Sunday, October 11, 2015

Kejutan 2015 : Merah Juara!

10 Ogos 2015. Alhamdulillah, setelah seminggu (sebenarnya 3 hari sahaja, tolak cuti jerebu 2 hari) berhempas pulas mengelola murid berlatih dan bertanding untuk sukantara sekolah, akhirnya hari ini Kejohanan Sukan SKSR telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Syukur juga, Rumah Merah telah dinobatkan sebagai JUARA keseluruhan utk tahun ini. :)

Ini adalah kali pertama saya sebagai guru tetap menjadi guru rumah sukan, guru yang dirujuk oleh murid, guru yang kena kawal segala pergerakan murid, guru yg perlu memilih murid utk wakil rumah, senang kata semuanya. Dulu-dulu serius tak pernah merasa.


Bersama sebahagian dari ahli pasukan Rumah Merah. Mana Cikgu Siti? :p

Oleh sebab bencana jerebu yg melanda negara, latihan sukan pun hanya boleh buat sekejap-sekejap. Murid pun ada yg complain sebab rasa tak puas. Latih satu kali, terus buat pemilihan. Habis tu nak buat macam mana, nak? Masa tak cukuppp. Sobs. Akhirnya terpaksa lah mereka semua redha. Hehe.

Untuk sukan kali ini, guru-guru Rumah Merah semua sekali ada 5 orang termasuk seorang guru baharu yang comel iaitu saya. Haha. Okey cikgu tolong jangan perasan. Berbalik kepada kisah asal. Ya, semua sekali 5 orang dan saya seorang sahaja berstatus Cik. Seorang guru lelaki. Dua orang sedang mengandung. Tinggallah lagi dua yang berbadan normal. Hihi. Jadi sebagai seorang yg masih muda remaja, saya fikir mereka sangat-sangat perlu dibantu. Mana lahhh akak-akak ni larat nak jerit-jerit panggil budak, jalan sana sini cari budak. Cikgu kan, itulah antara kerja-kerja yg perlu kami buat. Nak kawal murid bukan semua orang boleh buat dengan baik. Huhu.

Pada saya, aktiviti-aktiviti luar seperti Kejohanan Sukan Sekolah macam ni sangat membantu guru untuk lebih mengenal murid, mengenal potensi murid, selain dari dalam bilik darjah. Yelah, interaksi dalam bilik darjah agak terbatas, lebih fokus pada kurikulum. Bila libatkan murid dgn aktiviti kokurikulum macam ni, baru kita lebih nampak apa yg murid mahu dan apa yg mereka perlukan. Lagipun sebagai seorang guru baharu di sskolah dan juga guru yg masih baharuuu lagi dalam bidang pendidikan, banyak yg sy boleh dapat dan belajar. Mereka pun macam lebih selesa nak cuba dekat-dekat dengan kita. Yelah, muka kakak-kakak lagi kan. Cehh. Padahal dalam bilik darjah, saya ni garang ye. Sila percaya. Terima kasih. :p

OK. Motivasi. Saya nampak murid-murid ni sangat perlu diberi suntikan motivasi berupa kata-kata semangat dan galakan utk mencuba. Ramai murid yg kurang yakin dgn diri sendiri namun sebenarnya mereka ada bakat yg boleh digilap. Itu belum cerita tentang latar belakang keluarga yg macam-macam kisah. Bila pandang muka anak-anak murid setiap satu, rasa kasihan pada mereka. Rasa sayang ada, rasa lucu ada.

Saya cukup yakin, para guru dan ibu bapa perlu selalu pegang pada kata-kata ni; tidak ada orang yg dilahirkan bodoh, namun sebenarnya setiap orang dilahirkan dengan pelbagai potensi.

Pelbagai potensi?

Ya, pelbagai potensi. Setiap murid punya kisahnya sendiri. Yg senyap dalam kelas tiba-tiba rupanya dia juara balapan. Yg tak pandai membaca dalam kelas rupanya dia berbakat dlm sukan. Yg tak pandai dalam kelas dan dalam sukan, rupanya dia ada kemahiran yang lain. Serius. Semua orang dilahirkan dengan potensi yg tersendiri. Tinggal hanya diri mereka atau orang sekeliling mereka yg perlu cuba cungkil dan gilap potensi mereka sehingga menjadi berguna.

Murid dan beberapa orang guru bergambar kenangan bersama wakil DUN Pagoh

Rupanya dah banyak saya taip. Namun kali ni masih belum mampu menaip sekencang suatu waktu yang dahulu. Mari cuba dan cuba lagi cungkil keluar bakat menulis atau menaip yg pernah muncul sebelum ni dengan lebih baik! Hihi. InsyaAllah, saya akan terus berkongsi pada masa yg akan datang, selagi nyawa masih lagi diberi pinjam oleh Yang Memberi Nyawa.

Wassalam. :)