Friday, September 25, 2015

Tentang Aidiladha

Sumber : Google

Bila sebut Aidiladha, mesti kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail a.s akan disebut sama. Kenapa?

Sebab pengorbanan yang dilakukan oleh ayah dan anak ini menunjukkan kecintaan dan ketaqwaan kedua-dua hamba Allah ini terhadap Penciptanya. Justeru, kita perlu berusaha untuk mencontohi sifat yang ditunjukkan oleh kekasih Allah ini.

Tapi mencontohi yang bagaimana? Sembelih anak? Uiiii jangan!! Mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anakanda baginda Nabi Ismail tu bukan mimpi biasa yang orang lain juga alami. Tidak. Perlu diingat, perintah Allah menyuruh Nabi Ibrahim mengorbankan Nabi Ismail tu hanya khusus untuk Nabi Ibrahim sahaja.

Habis tu, bagaimana?

Saya yang menulis memang pandai menulis. Namun dari segi aplikasi memanglah sangat kurang dan sangat lemah. Bukan mudah bagi seorang hamba untuk menunjukkan sepenuh kecintaan dan pengorbanan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s, melainkan dengan KEIMANAN. Ya, dengan iman yang sebenar, dengan menjadi mukmin yang sebenar.

Caranya bagaimana? Jangan ditanya kepada yang kurang arif seperti saya. Banyakkan bertanya dan berguru kepada alim ulama dan para asatizah yang lebih faqih. :)

Moga-moga Aidiladha memberi bermacam pengajaran dan pelajaran buat kita. Selamat meraikan Hari Raya Aidiladha!

11 Zulhijjah 1436H
25 September 2015M

No comments: